Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Adalah dimaklumkan kepada pelajar yang mendapat PNG/ GPA 3.50 dan ke atas bagi kemasukan 2015/2016 dan ke bawah dan PNG/ GPA 3.67 bagi kemasukan 2016/2017 dan ke atas, Sijil Kepujian Dekan Semester II 2022-2023 bagi pelajar yang layak telah di poskan secara berperingkat mulai 2 November 2023 (pelajar selain pusat Johor Bahru dan Kuala Lumpur).

Kepada pelajar pusat pembelajaran Johor Bahru, Sijil Kepujian Dekan Semester II 2022-2023 boleh mula diambil di Kaunter Pusat Pengajian Separuh Masa SPACE UTM, Tingkat 4, Blok T05 mulai 6 November 2023.

Kaunter dibuka pada hari Isnin hingga Khamis (9.00 pagi – 4.00 petang), Waktu Rehat (1.00 tengah hari hingga 2.00 petang).

Sekian, Harap Maklum.