Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Tuan/Puan

Adalah dimaklumkan kepada Graduan Sarjana Muda dan Diploma Pengajian Separuh Masa UTM, pihak SPACE menyediakan senarai Anugerah Dekan, Hadiah Akademik dan  Hadiah Khas (Kategori  Suami-Isteri, Golongan Istimewa & Adik-Beradik/Kembar) yang akan disampaikan dalam majlis yang seperti dinyatakan pada butiran berikut:

MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH DEKAN & HADIAH AKADEMIK SPACE UTM
Sempena Majlis Konvokesyen ke-67 Universiti Teknologi Malaysia

Tarikh dan Masa: 19 November 2023, 2.00 petang
Tempat: Dewan Kencanapuri, Pulai Springs Resort, Johor
Program : Sarjana Muda

MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH DEKAN & HADIAH AKADEMIK SPACE UTM
Sempena Majlis Konvokesyen ke-67 Universiti Teknologi Malaysia

Tarikh dan Masa: 21 November 2023, 2.00 petang
Tempat: Dewan Kencanapuri, Pulai Springs Resort, Johor
Program : Diploma

Sekiranya saudara mempunyai pertanyaan lanjut sila hubungi urusetia majlis iaitu:

Seksyen Operasi dan Pembangunan Pelajar (SOPP)

Emel : sopp@utmspace.edu.my

No Telefon : 07-5318016/7013

SENARAI PENERIMA MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH DEKAN DAN HADIAH AKADEMIK MK 67 SPACE UTM